TERKINI: Pendakwaan kes Zara Qairina

TERKINI: Pendakwaan kes Zara Qairina

Kota Kinabalu: Lima remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, pagi ini, berhubung kes buli membabitkan kematian Zara Qairina Mahathir.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini, pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, pada pagi 16 Julai.

Berikut adalah liputan masa nyata (real time) untuk kes ini:

7.50 pagi – Persediaan ruangan Mahkamah Kanak-Kanak (Court for Children) di mana lima remaja bawah umur bakal didakwa hari ini.


7.40 pagi: Dua sekatan jalan raya turut didirikan di laluan utama masuk ke Kompleks Mahkamah bagi menyaring kenderaan dan mengelakkan kesesakan, sekali gus memastikan keselamatan semua pihak yang hadir. Selain itu, pegawai dan anggota trafik turut melakukan pemeriksaan di pintu masuk utama bagi memperketat kawalan keselamatan di kawasan perkarangan mahkamah

<hr<

7.30 pagi: Anggota polis memulakan sekatan jalan raya di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.


7.15 pagi – Polis mula berkawal di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pagi ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran prosiding pendakwaan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu terbabit.

Kehadiran anggota polis yang ditempatkan di sekitar kawasan perkarangan mahkamah itu bertujuan mengawal keadaan supaya terkawal dan teratur.


Kronologi kes Zara Qairina


© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top