Terlalu remeh untuk diperkatakan – Fasha Sandha enggan ulas isu suami dipeluk pelakon lain

Terlalu remeh untuk diperkatakan – Fasha Sandha enggan ulas isu suami dipeluk pelakon lain

PETALING JAYA: Pelakon, Fasha Sandha, 42, berpandangan tindakan pelakon, Sharifah Sakinah yang memeluk suaminya, Aidil Aziz ketika merakamkan gambar bersama baru-baru ini tidak wajar diperbesarkan.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata hal tersebut terlalu remeh untuk dibicarakan justeru enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Sakinah merupakan pelakon yang saya kagumi dan saya meminati. Dia sangat berbakat.

“Saya kenal dia sudah lama jadi saya selesa dengannya dan sekarang dia berlakon dengan Aidil.

“Kalau orang tanya pasal isu itu (berpelukan), saya tak mahu komen kerana bimbang disalah tafsir. Bagi saya isu itu terlalu remeh untuk dibicarakan,” katanya.

Katanya, dia tidak membaca komen netizen dan hanya membiarkan isu itu reda sendirinya.

“Jika kita cakap lebih pun salah sebab orang tetap akan cakap ia perkara salah.

“Saya tak baca sangat komen-komen negatif ini sebab ia seperti angin lalu saja.

“Saya pun sekarang baru nak bermain Threads. Saya memang selalu lambat sebab terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak jadi tak main media sosial sangat,” kongsinya.

Terdahulu, perkongsian foto mesra Fasha bersama suami mengundang kecaman netizen apabila turut memaparkan Sakinah memeluk Aidil.

Foto berkenaan diambil ketika mereka bertiga menghadiri sebuah acara bagi mempromosikan drama terbaru Aidil dan Sakinah berjudul Sujud Terakhir Encik Norman. – UTUSAN

Scroll to Top