Terlindung dari tetamu, Neelofa dan Haris makan beradap ditutupi bidai

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Perkahwinan pasangan selebriti yang paling dinanti, Noor Neelofa dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz sememangnya amat ditunggu oleh para peminat mereka.

Dengan sekali lafaz, pengacara dan juga usahawan terkenal itu telah sah bergelar isteri kepada PU Riz apabila dinikahkan sendiri adik kandung Neelofa.

 

Seusai upacara membatalkan air sembahyang dengan bertukar cincin dan bergambar bersama ahli keluarga, pasangan pengantin baru ini dibawa ke meja makan beradap.

Apa yang menariknya, mereka makan di meja khusus yang ditutupi dengan kain seakan kelambu bagi menjamu selera.

Hal tersebut dikongsikan sendiri Neelofa di ruangan IG storyketika makan bersama suami yang baru menikahinya.

 

Gambar tersebut juga dikongsikan laman Instagram Meletop dengan memperlihatkan pelayan sedang menyiapkan hidangan buat pasangan tersebut.

Dalam video ringkas yang dimuat naik Neelofa, dia sempat meluahkan rasa syukur diatas segala yang telah selesai dan kembali menyambung menikmati hidangan yang disediakan.

Neelofa dan Haris telah sah bergelar suami isteri kira-kira 11.40 pagi tadi dengan disaksikan ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Sumber: Meletop, Neelofa