Terokai umrah cara baharu melalui pelayaran IslamiCruise AROYA 2026

Terokai umrah cara baharu melalui pelayaran IslamiCruise AROYA 2026

Bayangkan perjalanan umrah yang bukan sahaja menuju tanah suci, tetapi turut membawa anda menyusuri lautan biru dan singgah ke destinasi menarik, semuanya dalam suasana mewah dan patuh syariah.

Inilah yang ditawarkan menerusi Pelayaran Islamik® AROYA 2026 anjuran IslamiCruise®, yang membuka lembaran baharu dalam dunia pelancongan dan ibadah umrah.

Berlangsung selama 14 hari 13 malam dari 17 hingga 30 Januari 2026, pelayaran ini menggabungkan konsep “Floating Hotel” dengan pengisian spiritual dan pengalaman pelancongan premium.

Kerjasama bersejarah Malaysia, Arab Saudi

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara IslamiCruise International dan Aroya Cruises, sebuah syarikat milik kerajaan Arab Saudi, yang telah dimeterai pada 11 Ogos 2024. 

Kerjasama ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis pelancaran rasmi di Kuala Lumpur.

Menurut pengasas IslamiCruise, Suhaimi Abd Ghafer, pelayaran ini dijangka membawa masuk lebih 6,000 pelancong ke Malaysia, dengan lebih 70 peratus terdiri daripada pelancong antarabangsa khususnya dari Timur Tengah, Eropah dan Asia Tenggara. 

Inisiatif ini diselaraskan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan 35.6 juta pelancong dan menjana lebih RM147.1 bilion dalam hasil pelancongan untuk negara.

Pelayaran terpanjang dalam industri

Terokai umrah cara baharu melalui pelayaran IslamiCruise AROYA 2026

Pelayaran Malaysia–Saudi–Malaysia ini turut mencipta sejarah sebagai pelayaran charter terpanjang dalam industri, iaitu selama 26 malam berturut-turut, menandakan pencapaian unik dalam sejarah pelayaran Islamik moden.

Apa yang menjadikan program ini begitu istimewa ialah laluan pelayarannya yang merentas lima negara iaitu Arab Saudi, Oman, Maldives, Indonesia dan Malaysia, menggunakan kapal milik Arab Saudi yang 100 peratus mematuhi prinsip syariah.

Lebih menarik, pelayaran ini membolehkan jemaah menunaikan umrah dan kemudiannya menyambung perjalanan ke beberapa lokasi pelancongan tanpa perlu memikirkan soal bagasi, pertukaran penginapan atau jadual penerbangan yang ketat.

Gabungan ibadah, ilmu dan hiburan patuh syariah

Selain itu, pelbagai aktiviti keilmuan turut disusun sepanjang pelayaran, antaranya sesi perkongsian eksklusif bersama dua pendakwah terkemuka serantau Ustaz Wadi Annuar dan Ustadz Abdul Somad yang pasti memberikan nilai tambah dari aspek rohani dan ilmu.

Dari segi kemudahan, kapal AROYA yang dilengkapi 18 dek ini turut menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa seperti taman air, gimnasium, zipline, wall climbing, kolam renang, pawagam, teater dan ruang kerja.

Antara tarikan utama pelayaran termasuk penyediaan makanan halal 24 jam sepanjang tempoh pelayaran, selain jaminan persekitaran bebas unsur haram dari aspek makanan, fasiliti dan hiburan.

Pihak penganjur turut menawarkan beberapa promosi istimewa bagi tempahan awal termasuk tawaran kanak-kanak percuma (hanya perlu bayar cukai), diskaun RM1,000 setiap kabin sempena Hari Guru, serta diskaun tambahan RM200 dengan menggunakan kod promosi “Asatizah IslamiCruise”.

Semua diskaun ini boleh digabungkan dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempahan bagi pakej pelayaran ini kini dibuka untuk dua laluan utama iaitu IslamiCruise® AROYA Saudi–Malaysia–Saudi 2026 dan IslamiCruise® AROYA Malaysia–Saudi–Malaysia 2026.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi www.aroyacruisesmalaysia.com atau www.pelayaranislamik.com

Ikuti perkembangan terkini melalui platform media sosial di Facebook, Instagram, TikTok dan X.

Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui talian 012-337 0103 (Adlan) atau 012-439 1620 (Afif), atau emel ke enquiry@islamiccruises.com.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top