Terpaksa bayar RM9,000 takut video bogel disebar

Terpaksa bayar RM9,000 takut video bogel disebar

mhafis@mediaprima.com.my

Gombak: Perkenalan seorang lelaki dengan wanita melalui aplikasi Tantan bertukar sebaliknya apabila dia diugut video bogelnya akan disebarkan.

Mangsa berusia 23 tahun itu turut kerugian RM9,000 selepas membayar kepada suspek yang mengugut ingin menyebarkannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan polis diterima pada 5 November lalu lelaki terbabit mendakwa diugut video bogelnya semasa mangsa sedang bekerja di Taman Industrial Bolton, Batu Caves, di sini, akan disebarkan.

Menurutnya, mangsa sebelum itu berkenalan dengan seorang wanita melalui applikasi Tantan dan bertukar nombor telefon.

“Apps Tantan ni adalah apps dating (cari kenalan) yang berasal dari China. Suspek mula menghubungi mangsa dan menunjukkan minat serta mula membuat panggilan video melalui aplikasi Wechat.

“Suspek meminta mangsa berbogel dan begitu juga suspek, namun selepas itu suspek mula menghantar WhatsApp mengugut untuk menyebarkan video bogel itu dan meminta wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat bayaran kepada suspek menggunakan dua akaun bank menyebabkan dia kerugian RM9,000.

“Siasatan sekarang menjurus untuk mengenalpasti pemilik akaun bank ini dan nombor telefon yang menghubungi mangsa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top