Terpaksa Berjumpa Pakar Terapi, Anak Betty Benafe Dakwa Di ‘Brainwash’ Bapa Kandung Sendiri – “Apa Saya Katakan Ini Cuma Sedikit Dari Apa Yang Dia Lakukan”

Terpaksa Berjumpa Pakar Terapi, Anak Betty Benafe Dakwa Di ‘Brainwash’ Bapa Kandung Sendiri – “Apa Saya Katakan Ini Cuma Sedikit Dari Apa Yang Dia Lakukan”

Susulan isu tular berkenaan konflik rumah tangga bersama bekas suami, anak kepada pelakon Betty Banafe, Julia sekali lagi menyorot perhatian apabila tampil menjelaskan mengenai situasi tegang yang berlaku baru-baru ini melibatkan ibu dan bapanya.

Kata Julia menerusi perkongsian tular di media sosial, dia mendakwa bapanya, Bruce Dargus, cuba mempengarihi pemikirannay bersama adiknya lelakinya untuk membenci ibu mereka.

Malah, disebabkan perkara tersebut, dia berasa amat tertekan sehingga terpaksa berjumpa pakar terapi untuk mendapatkan rawatan.

“Hi saya Julia, saya tampil untuk memberikan penjelasan berikutan kekeliruan yang timbul mengenai isu tular. Sebelum ini, adik, saya dan bapa mempunyai satu sesi di mana ayah saya memaksa saya dan adik untuk naik ke pejabatnya.

“Ayah telah bercakap buruk tentang ibu saya tanpa henti malah ‘brainwash’ saya dan adik untuk membenci ibu.

“Saya juga telah merujuk ke terapi disebabkan perkara ini dan sedang dalam proses pemulihan,” katanya.

Jelasnya, perkongsin video berdurasi 50 saat itu dibuat bagi memberikan keadilan terhadap ibunya selepas lapan tahun berjuang untuk dirinya dan adik lelakinya

“Saya harap anda semua boleh berkongsi video ini supaya ibu saya boleh mendapat keadilan selepas lapan tahun berjuang untuk saya dan adik di mahkamah.

“Sejujurnya, saya sudah tidak tahan lagi. Apa yang saya katakan ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang dia telah lakukan,” jelasnya.

Terdahulu, Bruce Dargus bersama ahli keluarga serta peguamnya hadir di hadapan kediaman Betty bagi mengambil anak-anaknya.

Artikel Berkaitan:“Saya Hanya Mahu Harmoni” – Anak Betty Banafe Letih Hadap Konflik Keluarga Berpanjangan

Artikel Berkaitan:Betty Banafe Penat Lapan Tahun Turun Naik Mahkamah, Bekas Suami ‘Meroyan’ Buat Laporan Palsu Dakwa Anak Didera

Scroll to Top