Bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar menafikan dakwaan dirinya menjalin cinta dengan selebriti Indonesia.
Menerusi sebuah video di Instagram miliknya, anak kepada usahawan Zaiton Hasaan atau lebih mesra disapa Kak Ton ini menjelaskan dia ke Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, Nadia dipercayai terpalit dakwaan bercinta dengan selebriti dikenali sebagai Arya Saloka selepas mereka bergambar bersama di majlis perkahwinan.
“Saya nak jelaskan sedikit. DM (direct message) saya banjir dengan pelbagai tuduhan. Saya di Jakarta hanya untuk kerja, saya tidak bercinta dengan mana-mana selebriti Indonesia.
“Saya tak kenal dia. Saya jumpa dia sekali sahaja di sebuah majlis perkahwinan tak pernah berhubung. Bagi fanatik fans berhenti dengan imaginasi anda.
“Saya di Jakarta hanya untuk kerja, saya dalam perancangan untuk melebarkan bidang pengacaraan di Jakarta.
“Jadi, tolong beri tumpuan kepada perkara itu daripad a gosip semata, terima kasih,” katanya.
Menjelaskan status terkini, Nadia berkata dia masih belum mempunyai kekasih hati.
Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi, namun mereka berpisah pada Oktober 2010.
Nadia kemudian mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Salleh pada November 2015.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dya Naylaa, 8, namun jodoh mereka tidak panjang dan berpisah, tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Netizen Sedih Tengok Penampilan Nadia Annuar Semakin Mencolok Mata – “Dulu Cantik Bertudung Sekarang Banyak Terdedah”