Pempengruh yang popular dengan konten islamik iaitu, Qawiy mengaku reda apabila sebelum ini namanya terpalit dengan dakwaan melakukan jenayah seksual.
Kata Qawiy, dia juga bersyukur kerana menerima sokongan yang kuat daripada keluarga.
“Kalau saya pertahankan diri sangat pun bukan orang nak dengar sangat.
“Saya tak boleh tepis apa yang orang fikir terhadap saya.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya masih menghadapi hari-hari seperti sebelum ini.
“Selepas kejadian itu, saya kembali kepada keluarga dan berbincang dan saya cuba untuk bangkit semula.
“Selain keluarga, saya juga dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik, yang sentiasa menyokong dan memahami diri saya.
“Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik,” katanya.
Qawiy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Ramadan Raya Astro 2025 yang diadakan di The Grounds, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Qawiy atau nama penuhya, Abdul Qawiy Abd Rashit, 28, berkata, selepas dakwaan tersebut tular, dia tidak kisah jika tawaran kerja yang diterimanya sebelum ini ditarik semula.
“Saya tak kisah. Hidup ini hanyalah untuk berbakti kepada Allah SWT.
“Kalau saya kehilangan beberapa tawaran atau tawaran saya ditarik balik, itu semua perspektif manusia.
“Memang pada ketika itu, saya rasa betul-betul sedih, tapi hikmah di sebalik apa yang terjadi sangat besar.
“Saya jatuh ke bawah, tapi saya boleh naik lebih tinggi.
“Kalau ada peluang untuk patah balik, saya tak nak, sebab hikmah yang saya dapat sangat besar.
“Saya pergi umrah, saya juga dapat mesej-mesej yang lagi besar daripada ustaz. Pengajaran itu sangat bermakna. Alhamdulillah,” jelasnya.
Terdahulu, nama Qawiy mula menuai tumpuan selepas tular laporan polis di platform X yang dibuat oleh seorang individu wanita yang mendakwa pempengaruh itu cuba melakukan perkara tidak senonoh termasuklah cubaan merabanya ketika mereka keluar bersama.
Bukan itu sahaja, seorang lagi pengguna media sosial mendakwa menerima kiriman mesej dari Qawiy yang mengatakan, pempengaruh itu mahu memfailkan saman terhadapnya sekaligus turut dimaki oleh penyokongnya.
Justeru, pengguna media sosial tersebut menuntut Qawiy untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan perbuatannya itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Nama Terbabit Dalam Kes Gangguan Seksual, Ini Respons Qawiy Aro
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Kekasih Influencer Tebuk Mengaji ‘Spill The Tea’, Dedah Mesej Mangsa Gangguan Seksual?
ARTIKEL BERKAITAN:Tebuk Bacaan Al-Kahfi, Netizen Puji Alif Satar – “Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap… Boleh Buat Album Mengaji 30 Juzuk Ni”
ARTIKEL BERKAITAN:Diterjah Pempengaruh Dengan Bacaan Surah Al-Fil, Ramai Cair Dengar Shukri Yahaya Mengaji




