Terpikat dengan senyuman, gadis minta orang ramai jejak ‘rider’ Foodpanda

Terpikat dengan senyuman, gadis minta orang ramai jejak ‘rider’ Foodpanda

Benarlah kata ungkapan, dari mata turun ke hati. Apabila melihat perkara indah, ia membuatkan perasaan seseorang meronta-ronta bagi mencari jawapan yang tidak pasti.

Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan perasaan seorang gadis ini apabila terpikat melihat ketampanan seorang penghantar makanan Foodpanda dipercayai di Aman Central, Alor Setar baru-baru ini.

Menerusi aplikasi TikTok, @arelia._ memuat naik satu video memaparkan aksi spontan ‘rider’ tersebut yang sedang berbulan dengan rakan penghantar makanan lain.

@arelia._

Harap ii lalu fyp owner🥺Please cari abg ni!knpa snyuman dia manis sgt😭#kuasaviraltiktok #fyppppppppp #fyp

♬ bunyi asal – AmmarNakFyp – Ketua Pelajar

Seolah-olah jatuh hati dengan senyuman lelaki itu @arelia._ turut meminta pertolongan warganet supaya mencari gerangan ‘rider’ berkenaan.

“Harap-harap dia nampak video ni. Tolong cari abang ni! Kenapa senyuman dia manis sangat,” tulisnya pada ruangan kapsyen video tersebut.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu meraih sebanyak 354,200 tontonan selain lebih 500 komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi dimana ramai mengaku teman wanita kepada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, segelintir individu turut mengakui bahawa ‘abam’ Foopanda itu kelihatan tampan serta memiliki senyuman manis sehingga menjadi tular di TikTok.

Sumber: TikTok @arelia._

Scroll to Top