“Terpulang Kalau Dia Fikir Itu Aib, Saya Hanya Nak Beri Inspirasi Pada Orang” – Dedah Tragedi ‘Hitam’ Adik, Sharif Zero Minta Maaf Pada Atu
Pelawak dan pengacara, Sharif Zero tampil memberi respons berhubung kenyataan adiknya, Atu Zero yang menganggap pendedahan mengenai dirinya dalam sebuah podcast sebagai satu aib.
Ketika ditemui XTRA, Syarif menjelaskan bahawa niatnya hanya untuk berkongsi cerita yang berkemungkinan boleh memberi inspirasi kepada penonton podcast tersebut.
“Niat saya hanya nak beri inspirasi, tapi disalah anggap. Kalau dia fikir itu adalah aib, saya tak boleh nak salahkan dia. Dia berhak untuk bersuara.
“Cerita mengenai kehidupan saya tak menarik. Saya kaki lepak di kampung. Jadi saya rasa pengalaman dia itu bagus untuk saya kongsi dengan orang. Tapi kalau dia fikir benda itu mengaibkan dia, saya minta maaf.
“Tapi bagi saya kalau hal-hal keluarga biar kita bincang sesama kita, tak perlu nak heboh di media sosial,” katanya.
Bagaimanapun, Syarif berkata dia dan Atu tiada masalah dan masih berhubung seperti biasa.
“Kami okay sahaja tak ada apa-apa masalah. Kami ada berhubung. Mungkin sebab kami tak bersama dalam podcast tu, sebelum ini okay saja,” katanya.
Dalam pada itu, Syarif juga meluahkan rasa bangga terhadap adiknya yang melalui detik-detik ‘gelap’ tersebut dalam kehidupannya.
“Cerita itu apa yang saya dengar dari dia, apa yang dia kongsikan dengan kami. Takkan saya nak buruk-burukkan adik saya. Saya bangga dengan apa yang dia lalui.
“Kalau dia terasa, lepas ni saya cerita pasal saya sajalah. Saya tak merajuk. Kalau kita tengok podcast dia pun, ada juga dia cerita pasal kami. tapi kami okay,” akhirnya.
Sebelum ini, menerusi podcast Raja Lawak Podcast, Sharif berkata Atu pernah lari dari kampung ke Kuala Lumpur sehingga menjadi gelandangan.
Artikel Berkaitan: Pernah Lari Dari Keluarga, Sharif Dedah Atu Zero Jadi Gelandangan… Hampir Terbabit Dengan Dadah?