Kecoh di media sosial mengenai pelakon, Amir Ahnaf selepas seorang wanita memuat naik foto mesra mereka bersama sebelum ini.
BACA: Wanita Kongsi Foto Mesra Dengan Amir Ahnaf Rupanya Ada Banyak Lagi Perkara Nak Dedahkan
Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, ada seorang wanita lain tampil memuat naik satu hantaran yang mendakwa pernah menjalinkan hubungan mesra dengan pelakon itu menerusi Tiktok.
Wanita itu juga berkata yang dia telah berdiam selama dua tahun sebelum berani mendedahkan hal sebenar melibatkan dirinya kepada umum.
Amir mulakan approch saya di TikTok dan masa tu saya dah dua kali menolak tapi disebabkan dia tidak henti mencuba akhirnya saya beri dia peluang.
Selepas berkenalan, kami keluar bersama termasuk jumpa kawan-kawan saya dan dia juga ada kenalkan saya dekat mak dia masa raya. Saya nampak kesungguhan dia.
Kata wanita itu lagi, dia merupakan orang yang ada dengan pelakon itu ketika dia tidak ada apa-apa dulu sebelum ini selain kerap memberi sokongan terhadap karier Amir.
Saya tak sedih sebab kami putus tapi sedih sebab awak tergamak berlaku curang dengan saya bila awak mula berlakon.
Kenapa tidak putuskan saja hubungan dengan cara ‘lelaki sejati’ dan bukannya dengan berlaku curang. Awak tak layak memiliki saya.
Wanita itu juga ada memuat naik beberapa screenshot menunjukkan perbualan antara mereka.
Bukan tu jer, dia juga mendedahkan screenshot luahan seorang wanita yang pernah menjadi ‘mangsa’ pelakon itu.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini benar ataupun tidak. Sama-sama kita tunggu penjelasan dari tuan badan.