Pelakon jelita, Aprena Manrose kantoi sudah tidak pakai tudung selepas sepupunya, Nelydia Senrose memuat naik satu video di media sosial. Biar betul?
Menerusi Instagram, Aprena dilihat tidak mengenakan hijab dan menampakkan rambutnya berwarna perang yang diikat ketika bermain badminton bersama ahli keluarganya yang lain.
Aprena Manrose pernah dikritik dan ramai yang dah agak

Sebelum ini, pelakon itu pernah dikritik kerana hanya memakai topi dan ‘hoodie’ ketika berada di luar dan dari situ ramai yang dah mula agak yang dia akan ‘melepaskan’ hijab.
Bukan tu jer, Aprena juga sebelum ini mengakui hatinya masih berbolak-balik untuk kembali tidak bertudung setelah mengambil keputusan untuk menutup aurat tiga tahun lepas.
Dia juga memohon orang ramai untuk mendoakannya agar sentiasa istiqamah dan bukan meninggalkan komen sinis dan pedas.




