Terserempak pakcik tua tepi jalan, netizen dedah ‘anak’ yang hantar minta sedekah

Belakangan ini, ramai sedang bersedih kerana tidak dapat menziarahi ibu bapa di kampung halaman dek kerana perintah larangan merentas negeri yang dikuatkasakan pihak kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

Bagaimanapun, kisah yang dikongsi oleh wanita dikenali sebagai @farasharina_ ini pasti akan membuatkan netizen berasa simpati terhadap nasib seorang warga emas yang ditemuinya di tepi jalan.

Menerusi aplikasi TikTok, Fara berkongsi kisahnya terserempak dengan seorang pakcik di tepi jalan sewaktu sedang menaiki kereta.

Dalam video berkenaan, warga emas itu dilihat berjalan berseorangan dalam keadaan terhuyung-hayang mungkin kerana penglihatan yang tidak jelas, sebelum mendekati kereta dinaiki Fara serta keluarga.

@farasharina_

Ya Allah berikanlah kesihatan buat pakcik ini..#farajl #jlfara #kongsirezeki #jlfarabeauty

♬ original sound – Ai Wahida 🇲🇾 – Ai Wahida

“Pakcik nak minta sedekah, nak bayar sewa rumah,” ujar pakcik tersebut.

Kasihan melihat keadaan warga emas itu, mereka memberikan sebungkus kuih serta sejumlah wang bernilai RM50 kepadanya.

Namun begitu, netizen mula mempersoalkan tentang latar belakang pakcik itu apabila ada beberapa individu mendakwa warga emas berkenaan dihantar oleh anaknya untuk meminta sedekah, setiap hari.

Setelah mengetahui kisah sebenar di sebalik keberadaan warga emas itu, ramai yang meluahkan rasa simpati dan berasa kesal terhadap sikap anaknya.

Namun demikian, kesahihan dakwaan tersebut masih belum dikenal pasti…

Jika ia benar, memang tidak wajar anaknya melalukan sebegitu kepada insan yang telah menjaga dan membesarkan mereka dari kecil hinggalah dewasa.

Sumber: TikTok @farasharina_