alagesh@nst.com.my
Kuantan : Seorang penuntut universiti yang didakwa memijak al-Quran tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan, di sini, hari ini bagi menghadapi dua pertuduhan.
Lelaki berusia 21 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi di bawah kawalan keselamatan ketat.
Memakai baju dan seluar berwarna merah, tertuduh yang tempoh remannya berakhir hari ini diiringi beberapa pegawai polis ke Mahkamah Sesyen di tingkat satu.
Kehadirannya turut menarik perhatian orang ramai di kompleks mahkamah berkenaan.
Tertuduh, yang tindakannya tular di platform media sosial Threads, dijangka didakwa atas kesalahan menghina Islam dengan memijak al-Quran serta penggunaan tidak wajar kemudahan internet.
Tertuduh yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan pada 25 Februari lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




