London: Peminat Oasis ‘terdesak’ untuk melihat jelajah ‘reunion’ semula kumpulan British yang bakal diadakan tahun depan menjadi mangsa penipuan tiket di media sosial, terutamanya Facebook, dedah Bank UK pada Selasa.
Lloyds berkata sejak pengumuman ‘perjumpaan semula’ pada akhir Ogos, kira-kira 70 peratus penipuan berkaitan tiket konsert dan dilaporkan kepada bank menjejaskan orang ramai yang berharap dapat melihat adik beradik Noel dan Liam Gallagher sekali lagi bersama.
Kumpulan lagenda Britain itu pada 27 Ogos mengumumkan jelajah ke seluruh dunia, menamatkan pertelingkahan persaudaraan selama 15 tahun mereka.
Itu menyebabkan perebutan tiket konsert di laman rasmi, menyebabkan ramai yang terlepas peluang dan mencari peluang di tempat lain.
“Peminat Oasis menjadi sasaran penipuan tiket di media sosial, ketika ikon rock Mancunian bersedia untuk melawat UK buat kali pertama sejak 2009,” kata Lloyds dalam kenyataan akhbar.
Analisis oleh Lloyds terhadap laporan penipuan mendapati terdapat beratus-ratus tuntutan penipuan tiket pada bulan pertama sejak pertemuan semula itu diumumkan, dengan peminat Oasis membentuk kira-kira 70 peratus daripada semua penipuan tiket konsert yang dilaporkan sejak 27 Ogos.
Lloyds berkata lebih daripada 90 peratus kes yang dilaporkan bermula dengan iklan atau siaran palsu di media sosial, dengan sebahagian besarnya berasal dari Facebook.
Mangsa telah kehilangan purata £346 (Kira-kira RM1,955), tambah Lloyds, dan dalam beberapa kes sehingga £1,000 (Kira-kira RM5,653)
Oasis telah berkata bahawa tiket tulen yang diterima daripada tapak jualan semula tidak akan sah di konsertnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



