“Terus Berjuang Demi Anak-Anak” – Ali Puteh Kongsi Video Cuci Rumah Baru Raih Perhatian Ramai

“Terus Berjuang Demi Anak-Anak” – Ali Puteh Kongsi Video Cuci Rumah Baru Raih Perhatian Ramai

Oh! Artis

Netizen memuji usaha keras Ali Puteh untuk bangkit walaupun menerima pelbagai kecaman sebelum ini.


Perkongsian pelawak terkenal Ali Puteh di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video sedang membersihkan rumah bersama anak-anaknya.

Menerusi video tersebut, Ali Puteh dilihat mencuci lantai rumah barunya pada Syawal yang ke-17 semalam.

“Semoga dipermudahkan setiap langkah dan urusan” – Ali

Di ruangan kapsyen, Ali bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Katanya lagi, dia akan terus berjuang demi anak-anak yang kian membesar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan memberikan kata-kata semangat terhadap Ali Puteh.

Ali Puteh

Ada yang memuji usahanya dalam menjalankan perniagaan sambal dan mendoakan kejayaannya berterusan.

Respect bang. Ko jatuh terduduk bang, habis semua kenangan kau jual, kental kau bangkit tahap dewa bang, now your result sukses bang.. tahniah bang!

Selain itu, ada juga yang mengaitkan perjalanan hidupnya dengan ujian yang dilalui sebelum ini.

Terdahulu, nama pelawak yang merupakan adik kepada Allahyarham Abam ini hangat diperkatakan susulan isu saman menyaman dengan kakak iparnya.

BACA: Kereta, Motosikal Dan Trofi ‘Sold’, Ali Puteh Syukur Berjaya Kumpul RM75k

Sejak itu, Ali menerima pelbagai kecaman sehinggalah dia nekad menjalankan perniagaan sambal petai untuk mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.

Pssttt! Setiap orang ada kisah jatuh bangun sendiri, dan bukan semua kita tahu apa yang mereka lalui. Apa yang penting adalah usaha untuk bangkit dan teruskan hidup. Selagi ada niat untuk berubah dan berusaha, pasti ada ruang untuk masa depan yang lebih baik.

Kredit: TikTok Ali Puteh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top