Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Filem aksi epik Blood Brothers: Bara Naga terus mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM21 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan (setakat semalam) di pawagam seluruh negara.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, 71, yang mewakili anaknya merangkap pengarah filem, Syafiq Yusof, dalam satu sidang media khas yang berlangsung pada malam Isnin.

“Saya ingin berkongsi bahawa setakat semalam, selepas empat hari tayangan termasuk dua hari tayangan perdana, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak RM21 juta.

“Saya amat bersyukur kerana pencapaian ini mengatasi kejayaan filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ yang ditayangkan tahun lalu,” ujarnya penuh syukur.

Yusof berkata demikian dalam satu sesi mini sidang media sempena filem Blood Brothers: Bara Naga yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, hari ini.

Ditayangkan di 170 pawagam seluruh negara, filem ini kini tersenarai sebagai antara filem tempatan dengan tayangan paling meluas dan sambutan yang sangat memberangsangkan dari penonton.

Blood Brothers: Bara Naga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.

Scroll to Top