Umum mengetahui, rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini sedang bergolak apabila aktres itu memfailkan perceraian.
Baru-baru ini, perkongsian Kamal di Insta Story menjadi perhatian apabila memuat naik memaparkan Uqasha dan anaknya, Hawra Uqaira meluangkan masa bersama.
BACA: “Saya Dah Rancang Lama..” – Kamal Adli Reda Sambut Anniversary Ke-4 Tanpa Isteri
Video tersebut turut dimuat naik semula portal Oh Bulan di TikTok sekaligus membuatkan ramai sebak melihat keluarga kecil itu serta berharap semuanya akan kembali baik seperti sediakala.

Turut menjadi perhatian komen ditinggalkan bekas suami Adira iaitu Datuk Red yang memberikan kata-kata semangat buat Kamal serta mengatakan perjuangan pelakon itu sebagai suami belum lagi tamat.




