Tetamu kenduri Kg. Chengal perlu jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kota Bharu : Orang ramai yang menghadiri majlis kenduri di Kampung Chengal, Ketereh dekat sini Ahad lalu diminta menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan berdekatan dengan segera.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, langkah itu perlu berikutan seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan disahkan positif Covid-19.

“Kita harap tetamu yang hadir kenduri itu boleh buat saringan di klinik berhampiran kerana salah seorang tetamu di majlis itu dikenal pasti positif Covid-19 selepas membuat saringan.

“Justeru kini pihak kami masih menyiasat maklumat lanjut berkaitan kontak rapat dan kluster yang terlibat dengan individu tersebut,” katanya.

Hari ini, KKM melaporkan dua kes jangkitan positif Covid-19 di Kelantan melibatkan empat daerah utama iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Kota Bharu.

 

ZA137 Malay News
National Desk