Tetap cantik walau dari tepi, wanita idam penampilan seperti Izara Aishah

Tetap cantik walau dari tepi, wanita idam penampilan seperti Izara Aishah

Selebriti terkenal, Izara Aishah tetap cantik walau dari tepi telah menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi wanita. Penampilan yang tidak berlebihan namun tetap menawan pastinya membuatkan ramai menoleh dua kali apabila berjumpa.

Video tular di X

Menerusi hantaran di platform X, ciapan yang dibuat oleh pengguna dikenali sebagai @iffhsyhrhh telah dipuji ramai susulan auranya yang lebih kepada wanita-wanita Arab.

Izara tetap cantik walau dari tepi, tersenyum jawab telefon

Walaupun video diambil dari sisi, dapat dilihat kecantikkan Izara Aishah yang sedang berbual menerusi panggilan telefon sambil tersenyum manis.

Menerusi ciapan yang dibuat pengguna X dikenali sebagai zhwarza, dia mengatakan jika mempunyai side profile seperti Izara, pastinya akan terus berjalan mengiring.

Artikel lain: Izara Aishah tepek bukti sahih, ralat difitnah masuk kelab malam selepas ‘hijrah’

Tetap cantik walau dari tepi, wanita nak jadi macam Izara

Perkongsian yang dibuat pengguna X itu telah direspon bebeberapa warganet yang mengakui kecantikan selebriti terbabit.

Ada juga yang berseloroh mengatakan tidak diberi penampilan sisi yang cantik kerana bimbang akan terus jalan mengiring bagi menunjukkan kecantikan mereka.

 

Kalau kita macam ni, risau jadi bongkak

tetap cantik walau dari tepi

 

tetap cantik walau dari tepi

Untuk rekod, Izara Aishah atau nama sebenarnya, Izara Aishah Hisham, 31 merupakan antara selebriti yang dicungkil bakatnya menerusi program Dewi Remaja sesi 2009/2010.

Dia yang telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid pada 2017 sudahpun dikurniakan dua orang cahaya mata, Irisa Alaia dan Amara Amina.

Selebriti kelahiran Johor Bahru itu telah mengambil keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2021 dan dilihat sudah jarang di kaca televisyen memandangkan lebih menumpukan kehidupan berumah tangga serta perniagaan yang diusahakan olehnya.

Sumber: X ffhsyhrhh, zhwarza