TFC pulang dengan tiga mata di Stadium Selayang

TFC pulang dengan tiga mata di Stadium Selayang
TFC pulang dengan tiga mata di Stadium Selayang

Pemain TFC, Gervane Kastaneer (tiga, kanan) meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol. Foto Bernama

TERENGGANU FC (TFC)  membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 2-0 dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Terengganu terlebih dahulu mengancam pada minit ke-13 menerusi penyerang mereka, Gervane Kastaneer namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol, Damyan Valeriy Damyanov.

Terengganu kemudian menggandakan asakan melalui gandingan Panshanbe Ehsoni kapten Raianderson Da Costa Morais tetapi peluang itu gagal disudahkan dengan baik.

Pada minit ke-31, Kastaneer sekali lagi memperoleh peluang menjaringkan gol melalui rembatan dari luar kotak penalti, namun masih belum menemui sasaran.

Secara keseluruhan, babak pertama menyaksikan Terengganu menguasai permainan, manakala Kelantan gagal menghasilkan sebarang percubaan berbahaya.

Memasuki separuh masa kedua, Terengganu terus meningkatkan tekanan dan berjaya membuka jaringan pada minit ke-58 apabila Kastaneer menolak masuk bola dari jarak dekat selepas menerima hantaran pendek rakan sepasukan tanpa kawalan ketat.

Kelantan akhirnya mencatatkan percubaan tepat pada minit ke-80 melalui kapten Muhammad Nor Azam Abdul Azih namun rembatan jarak jauhnya gagal menepati sasaran.

Terengganu mengesahkan kemenangan dengan gol kedua pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mabatshoev pada minit ke-90+5. – Bernama

 

 

 

Ringkasan AI

  • Terengganu FC menewaskan Kelantan The Real Warriors 2-0 dalam aksi Liga Super
  • Terengganu menguasai permainan sejak babak pertama tanpa membolehkan Kelantan menghasilkan percubaan berbahaya
  • Gervane Kastaneer beraksi cemerlang dengan memperoleh peluang menjaringkan gol namun gagal pada beberapa percubaan awal
  • Kastaneer berhasil menjaringkan gol pertama pada minit ke-58 selepas menerima hantaran pendek dari rakan sepasukan
  • Terengganu mengesahkan kemenangan mereka dengan gol kedua melalui sepakan penalti oleh Mabatshoev pada minit ke-90+5
Scroll to Top