TGV Cinemas Suria KLCC berwajah baharu

TGV Cinemas Suria KLCC berwajah baharu
Terdapat 12 dewan pawagam serba baharu, termasuk sembilan dewan dengan sistem bunyi tercanggih Dolby Atmos.

Terdapat 12 dewan pawagam serba baharu, termasuk sembilan dewan dengan sistem bunyi tercanggih Dolby Atmos.

TGV Cinemas di Suria KLCC kini tampil dengan wajah baharu selepas menjalani proses naik taraf menyeluruh yang menyaksikan transformasi teknologi dan keselesaan bertaraf dunia bagi memenuhi citarasa penonton masa kini.

Pusat hiburan keluarga tersebut kini menempatkan 12 dewan pawagam serba baharu, termasuk sembilan dewan dengan sistem bunyi tercanggih Dolby Atmos, sebuah dewan IMAX dengan sistem bunyi 12 saluran, dua Beanie Hall, tiga Indulge Hall lengkap dengan lounge eksklusif dan sebuah dewan premium dengan konsep ‘Barracks Intelligent Mattress’ yang membolehkan penonton menikmati filem sambil bersantai di atas katil pintar.

Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria KLCC Sdn Bhd, Sherina Khairi berkata, penambahbaikan itu merupakan satu pelaburan strategik untuk mentransformasikan pengalaman hiburan secara menyeluruh.

TGV Cinemas di Suria KLCC bukan sekadar destinasi menonton filem, malah menjadi lokasi gaya hidup baharu untuk pelanggan yang menghargai kualiti, inovasi dan suasana premium.

TGV Cinemas di Suria KLCC bukan sekadar destinasi menonton filem, malah menjadi lokasi gaya hidup baharu untuk pelanggan yang menghargai kualiti, inovasi dan suasana premium.

“Kami bukan sahaja menaik taraf teknologi tontonan, tetapi juga keseluruhan perjalanan pengunjung bermula dari pintu masuk lobi yang kini serba digital, sehingga ke tempat duduk yang lebih luas dan selesa. Ia adalah pengalaman menonton yang lebih menyeronokkan dan berorientasikan keluarga,” katanya.

Tambah beliau, TGV Cinemas di Suria KLCC bukan sekadar destinasi menonton filem, malah menjadi lokasi gaya hidup baharu untuk pelanggan yang menghargai kualiti, inovasi dan suasana premium.

Naik taraf ini dijangka dapat meningkatkan trafik pengunjung dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi runcit di kawasan sekitarnya, khususnya dalam sektor hiburan dan gaya hidup.

Dengan pendekatan ini, TGV Cinemas dilihat terus komited untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri pawagam tempatan, selari dengan perubahan kehendak pengguna dan perkembangan teknologi hiburan global.

Scroll to Top