
Abbosbek Fayzullaev cuba melepasi kawalan pemain Thailand pada pusingan kalah mati di Stadium Al Janoub. – AFP
HARAPAN untuk menyaksikan wakil tunggal Asia Tenggara beraksi di suku akhir Piala Asia Qatar 2023 tidak kesampaian apabila Thailand tunduk 1-2 di tangan Uzbekistan sebentar tadi.
Pertembungan peringkat 16 terakhir di Stadium Al Janoub itu menyaksikan Uzbekistan mendominasi babak pertama dengan membuka jaringan menerusi Azizbek Turgunboev pada minit ke-37.
Thailand yang melakukan penampilan ke lapan di pentas tertinggi Asia tidak berputus asa apabila berjaya memadam kelebihan Uzbeksitan di separuh masa kedua menerusi pemain tengah, Supachok Sarachat m-58.
Tersentak dengan gol penyamaan itu, Uzbekistan kembali memperkemaskan permainan dan kembali berada di hadapan menerusi Abbosbek Fayzullaev m-65.



