Thailand, Kemboja capai sepakat misi damai

Thailand, Kemboja capai sepakat misi damai

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dan Kemboja mencapai sepakat dalam lima perkara termasuk bersetuju memantau proses gencatan senjata yang ketat, membabitkan semua jenis serangan dan senjata.

Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit berkata, bagaimanapun kedua-dua negara akan mengekalkan kedudukan tentera semasa seperti pada tarikh gencatan senjata, tanpa sebarang penambahan tentera.

Menurutnya, sebuah pasukan pemerhati sementara akan diwujudkan bagi memantau kawasan terbabit secara berkala tanpa melintasi sempadan dan akan berkoordinasi rapat dengan Jawatankuasa Sempadan Bersenjata (ABC) dan GBC setiap negara.

“Penubuhan pasukan pemerhati ini membabitkan atase tentera ASEAN yang berpangkalan di Thailand dan Kemboja dan akan diketuai penolong atase tentera Malaysia.

“Ini adalah untuk memastikan tiada pihak yang melanggar gencatan senjata,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya mesyuarat GBC, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top