Thailand Naikkan Elaun Rakyat Bagi Kurangkan Kesan Ekonomi

Thailand Naikkan Elaun Rakyat Bagi Kurangkan Kesan Ekonomi

Oh! Tidak

Thailand naikkan elaun barangan keperluan kepada rakyat bagi bantu kurangkan kesan ekonomi global dan golongan rentan.


Thailand dilaporkan akan menaikkan elaun rakyat bagi barangan keperluan bermula esok sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan ekonomi semasa. Bantuan ini dilihat amat diperlukan bagi menghadapi kesan perang di Timur Tengah yang memberi impak kepada kos sara hidup.

Langkah ini juga penting untuk bantu golongan rentan seperti petani dan pemilik perniagaan kecil yang semakin terkesan dengan keadaan ekonomi global sekarang.

Elaun barangan keperluan dinaikkan untuk rakyat Thailand

Menurut Kementerian Kewangan Thailand, lebih 13 juta rakyat yang memiliki kad bantuan sosial akan menerima kenaikan elaun bulanan. Jumlah itu dinaikkan daripada 300 baht kepada 400 baht, iaitu kira-kira RM39 kepada RM52.

Peningkatan elaun barangan keperluan ini bertujuan untuk membantu rakyat menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Selain elaun, kerajaan juga menyediakan kemudahan pinjaman berkadar keutamaan kepada petani dan pemilik perniagaan kecil. Malah, individu yang ingin membeli kenderaan elektrik atau memasang panel solar turut boleh memanfaatkan bantuan ini.

Kerajaan Thailand bersedia hadapi cabaran jangka panjang

Dalam masa sama, subsidi turut diluluskan untuk pengusaha pengangkutan menjelang sambutan Tahun Baharu Thai atau Songkran.

Menteri Kewangan Thailand menjelaskan bahawa langkah ini bukan sekadar penyelesaian sementara, tetapi juga persediaan untuk masa depan.

Cabaran ini bersifat jangka panjang. Oleh itu, kami bukan sahaja melaksanakan langkah jangka pendek tetapi juga mempersiapkan orang awam dan usahawan untuk menyesuaikan diri dengan kemungkinan kenaikan kos tenaga dan produk.- Katanya.

Pssttt! Situasi ekonomi global memang tak menentu, jadi penting untuk kita semua bijak urus kewangan dan sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan. Jangan tunggu susah baru nak berjimat, mula dari sekarang korang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top