Baru beberapa jam selepas perjanjian damai dimeterai, Thailand tampil menuduh Kemboja telah melanggar gencatan senjata yang sepatutnya bermula tepat tengah malam hari Selasa.
Perjanjian ini dicapai susulan rundingan damai yang berlangsung di Malaysia sehari sebelumnya.
Kedua-dua negara sebelum ini bersetuju untuk menghentikan semua bentuk pertempuran tanpa sebarang syarat, terutamanya di kawasan sempadan sepanjang 800 kilometer yang sering menjadi rebutan. Namun, keadaan nampaknya masih tegang.
BACA: Anwar Ibrahim Dipuji AS Lepas Berjaya Damaikan Thailand Dan Kemboja
Dakwaan tentera Thailand terhadap Kemboja…
Menurut jurucakap tentera Thailand, Winthai Suwaree, pihaknya mengesan tentera Kemboja melancarkan serangan bersenjata ke beberapa kawasan dalam wilayah Thai sebaik sahaja perjanjian itu mula berkuat kuasa.
Ini pelanggaran perjanjian yang disengajakan dan percubaan jelas untuk menjejaskan kepercayaan bersama.- Katanya dalam satu kenyataan.
Thailand kemudian menyatakan bahawa mereka terpaksa bertindak balas dengan sewajarnya demi mempertahankan kedaulatan negara.
Kemboja nafi lakukan serangan…
Berbeza pula dengan kenyataan dari pihak Kemboja. Jurucakap kementerian pertahanan negara itu, Maly Socheata menegaskan, tiada pertempuran bersenjata antara satu sama lain di mana-mana wilayah.
Wartawan AFP yang berada di bandar Samraong, kira-kira 20 kilometer dari sempadan, turut melaporkan bahawa bunyi letupan telah berhenti sekitar 30 minit sebelum tengah malam dan keadaan kekal tenang sehingga pagi.
Barisan hadapan sudah berkurangan sejak gencatan senjata pada 12 tengah malam.- Kata Perdana Menteri Kemboja menerusi satu hantaran di Facebook.
Sejak pertempuran bermula pada hari Khamis, sekurang-kurangnya 38 orang dilaporkan terkorban akibat serangan jet, roket dan artileri. Malah, hampir 300,000 orang dari kedua-dua negara dilaporkan telah kehilangan tempat tinggal.
Thailand menyatakan 11 anggota tentera dan 14 orang awam terbunuh dalam konflik ini. Sementara itu, Kemboja pula mengesahkan lapan orang awam dan lima tentera maut.
Pssttt! Ohmedia harap korang semua dapat ambil iktibar dari konflik ni. Pertempuran bukan saja jejaskan keselamatan, tapi juga kehidupan ribuan rakyat yang tak bersalah. Bila isu sempadan tak selesai, rakyat juga yang jadi mangsa. Semoga kedua-dua negara terus komited dalam mencari jalan damai, demi masa depan yang lebih aman.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!