Kisah di antara pasangan Fattah Amin dan Fazura telah meraih perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, Fazura telah membuat satu hantaran di Instagramnya menunjukkan sejambak bunga yang diberikan oleh Fattah Amin sempena hari kelahirannya hari ini.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan satu kad ucapan hari jadi yang dikirimkan kepada Fazura.
Selamat hari lahir Mommy , Daddy doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa happy, di murahkan rezeki, di beri perlindungan Allah, kebahagian dunia dan akhirat selamanya.
Menghargai pemberian tersebut pelantun lagu Noktah itu telah mengucapkan terima kasih kepada Fattah.
Thanks daddy Fatima
Untuk makluman, pada 13 September yang lalu Fazura telah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.




