
Rekasi kecewa pemain Arsenal, Declan Rice selepas tewas kepada Fulham. Foto EPA
LEGENDA bola sepak, Gary Neville menyifatkan Arsenal masih berpeluang merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), namun ia perlu ditempuh dalam satu situasi yang sukar.
Bekas pertahanan Manchester United itu optimis The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta masih berupaya mencabar kejuaraan menerusi strategi yang betul.
“Arsenal berpeluang memenangi liga, biarpun tampak sukar. Mereka perlu kepada penyerang yang lebih berbisa,” katanya.
Arsenal hanya menang sekali daripada lima aksi terakhir EPL sekali gus meletakkan mereka di tangga keempat liga pada awal tahun baharu 2024.


