Kalau scroll media sosial sekarang, mesti korang lalu timeline atau FYP korang video orang tengah tarik sled, lompat burpees, dan lari dalam satu sesi, semua ni kononnya “functional fitness”. Haa.. Itulah dia HYROX, format senaman ala sukan ekstrem yang sekarang ni jadi kegilaan ramai.
Konsepnya mudah gabungkan kekuatan dan kardio dalam satu rutin padat yang nampak macam training atlet Olimpik, walaupun yang buat tu mungkin baru beli kasut gym minggu lepas.
Dalam episod khas Peluh Sekejap, Khairy Jamaluddin, Shahril Hamdan, dan pempengaruh bijak kecil molek Mekyunn, menyahut cabaran HYROX di Defy. Dari luarna mpak macam seronok, tapi sesi ini jelas bukan untuk yang nak bermanja atau sekadar nak content cantik.
KJ Dah Pro, Bakal Join HYROX Dekat Singapura. Stamina On Top

KJ ni tengok badan pun dah tau, orangnya aktif dan jelas bukan baru dalam dunia HYROX. Sebelum join training KJ ada bagitau yang dia sedang buat persiapan untuk sertai acara HYROX di Singapura.
Tapi untuk Shahril dan Mekyunn, ini kira debut dan nasib baik dapat personal coaching dari Coach Aaron sendiri. Lepas mula, barulah rasa sendiri ‘azab nikmat’ training yang katanya mudah ni.
Bila berpeluh dan jantung makin laju, mampu ke stamina mereka ni sampai ke penghujung?
Atau ‘drain’ awal-awal? Mujur yang satu tak pernah mengalah dari awal sampai habis: vivo V50 Lite dengan bateri 100% yang tak goyang langsung.
Antara Cabaran Fizikal & Gelagat Spontan

Walaupun latihan ni bukan calang-calang, vibe tetap chill. KJ sempat ‘brag’ pasal persediaan dia, siap selit sikit lawak dan usikan kat Shahril dan Mekyunn.
Tapi dua-dua steady je, cuba kejar rentak walaupun kadang-kadang nampak macam “alamak boleh habis ke ni? Tapi itulah best-nya bila buat sama-sama, ada persaingan, ada semangat, dan ada ketawa di tengah-tengah kesengsaraan.
Kalau stamina manusia boleh drop bila-bila, lain pula cerita dengan telefon KJ. Sepanjang sesi peluh habis-habisan ni, vivo V50 Lite maintain cool, maintain bateri. Macam ada mode ‘athlete battery life’ tersendiri- cas sekali, tahan berhari-hari.
Nak cuba sendiri kehebatan vivo V50 Lite?
Sehingga 2 Jun 2025 ni, korang boleh dapatkan vivo V50 Lite pada harga RM1,299 dan korang boleh dapatkan hadiah PERCUMA hingga RM1,096 (vivo Buds, rebat tunai RM100, waranti skrin & bateri, dan banyak lagi)
Semua ni eksklusif di Kedai Konsep vivo – cepat sebelum stok habis!
Maklumat lanjut & spesifikasi penuh kat sini layari laman web rasmi, Facebook dan Instagram.