“This Is Too Much” – Zara Zya Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Bekas Tunang Pelakon

“This Is Too Much” – Zara Zya Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Bekas Tunang Pelakon

Pelakon popular, Zara Zya akhirnya tampil bersuara selepas namanya hangat diperkatakan apabila dikaitkan dengan seorang usahawan terkenal.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menegaskan dakwaan yang tular itu adalah tidak benar dan sudah melampaui batas.

“Sorry to say, this is too much. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan.

“Hubungan kami hanyalah sekadar kenalan biasa. Jumpa pun baru sekali.

“Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Aktres drama rantaian Sumpah Ibuku itu turut meluahkan rasa kecewa apabila naratif yang tidak tepat terus disebarkan sehingga memberi kesan kepada reputasinya serta keluarga.

“Saya harap dia berhenti menyebarkan naratif yang tidak tepat kerana ia menjejaskan reputasi saya serta keluarga.

“Saya juga tidak berminat untuk melayan gosip murahan macam ni,” tegasnya lagi.


Walaupun tidak menamakan mana-mana individu secara spesifik, rata-rata netizen mengaitkan kenyataan tersebut dengan seorang usahawan bergelar Datuk Seri Khazrul Elzey yang juga bekas tunang kepada pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

Sebelum ini, usahawan berkenaan dilaporkan secara terbuka memuji personaliti Zara selain mengakui tidak menolak sekiranya mereka mempunyai jodoh.

Scroll to Top