Miami: Pemenang pingat perak 100 meter (m) Sukan Olimpik Paris 2024 dari Jamaica, Kishane Thompson, melakar keputusan meyakinkan untuk pembukaan musim apabila mencatat masa 6.48 saat untuk memenangi acara 60m pada kejohanan di Spanish Town.
Thompson tetap berjaya mencatatkan rekod peribadi terbaik meskipun berdepan angin kencang berkelajuan 2.1m/s.
Atlet berusia 23 tahun itu tidak berlumba secara kompetitif sejak Paris 2024, di mana dia meraih pingat perak dalam acara 100m, ketinggalan hanya 0.005 saat di belakang Noah Lyles dari Amerika – dalam perlumbaan 100m yang paling sengit di Olimpik dalam sejarah moden.
Kedua-dua atlet itu diberi masa yang dibundarkan iaitu 9.79s tetapi nama Lyles diumumkan sebagai pemenang dengan masa (.784) berbanding Thompson (.789).
Thompson dijadualkan bertanding dalam pertandingan tertutup pertama dalam kerjayanya pada 25 Januari di Astana, Kazakhstan, pertemuan dalam siri Jelajah Emas Olahraga Dunia pertama musim ini.
Kejohanan dalam dewan akan berakhir di Nanjing (China) pada 21 hingga 23 Mac.
© New Straits Times Press (M) Bhd