Baru-baru ini, pelakon Que Haidar telah mendedahkan dia sudah bercerai dengan isterinya iaitu Linda Jasmine setelah 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi laporan mStar, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar telah bercerai talak satu pada 2 Julai yang lalu.
Que Haidar Bersama Linda Jasmine

Que berkata, mereka menerima segala ketentuan Allah SWT. Walupun jodoh mereka tidak panjang, namun dia dan isteri masih mengekalkan hubungan baik, Que juga meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Allahuakbar, Alhamdulillah penceraian yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya dan Linda.
Mungkin ini jalan terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu.
Walaubagaimanapun, Que tidak mendedahkan punca mereka berdua bercerai kerana ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.
Hal rumah tangga merupakan hal peribadi. Perkara seperti ini bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan terbaik.
Ujarnya lagi, mereka berdua saling memberi sokongan antara satu sama lain walaupun sudah bercerai.
Kami masih saling memberikan sokongan, apa yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda yang perlu diuar-uarkan atau dikongsi.
Que berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya iaitu Ratu dan Cleopatra dapat menerima penceraian ini dengan baik kerana mereka sudah matang.
Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga terima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kamu.
Untuk makluman, Que dan Linda telah mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ratu dan Cleopatra.
Sebelum Linda mendirikan rumah tangga bersama Que, dia pernah berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut dia telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan.
