Tiada drama gaduh2, wanita & suami ceria hadir proses penceraian bersama

Tiada drama gaduh2, wanita & suami ceria hadir proses penceraian bersama

Penceraian sememangnya bukan sesuatu yang setiap pasangan suami isteri inginkan. Namun begitu, siapa kita untuk meyangkal takdir Allah S.W.T andai sudah tertulis jodoh tersebut sampai disitu sahaja.

Rasanya daripada bergaduh dan bermasam muka dengan bekas pasangan, lebih elok jika mengakhiri hubungan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ennajasz apabila memuat naik momen yang agak mengharukan namun lega buat dirinya dan bekas suami.

@ennajasz

02032022 Allah has a better plan for us…Moving forward and move on for our future ok…☺️ #alhamdulillahforeverything #fyp #esekeli

♬ Perpisahan Termanis – Lovarian

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang mereka berada dalam keadaan cukup gembira apabila sempat keluar awal pagi untuk bersarapan bersama sebelum menghadiri proses penceraian.

Mereka juga masih berpegangan tangan dan saling berbual sebelum mengambil keputusan untuk berpisah sebagai pasangan suami isteri selepas 8 tahun lebih bersama.

Namun, pengguna Tiktok berkenaan dan bekas suami berjanji akan terus bersama-sama menjaga anak mereka sebaiknya dan memastikan buah hati mereka tidak berasa kehilangan walaupun mereka sudah berpisah secara sah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat mereka berdua kerana terlihat masih saling sayang walaupun takdir mengatakan jodoh mereka setakat itu sahaja.

Akan tetapi, kebanyakan daripada mereka faham dengan situasi tersebut dan mengakui ada pasangan yang akan jadi lebih baik andai bukan lagi pasangan suami isteri.

Sumber: TikTok @ennajasz

Scroll to Top