Tiada Had Harga! Suami Fatin Afeefa Tunaikan Janji Belanja Pekerja Baju Raya, Perbelanjaan Cecah Lebih RM12,000

Tiada Had Harga! Suami Fatin Afeefa Tunaikan Janji Belanja Pekerja Baju Raya, Perbelanjaan Cecah Lebih RM12,000

Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menerima pujian ramai yang digambarkan sebagai seorang ‘majikan dari syurga’ selepas berkongsi rezeki bersama pekerja-pekerjanya.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok, Aliff bukan sahaja membeli persiapan raya untuk pekerja-pekerjanya, malah juga kepada ibu mereka serta pasangan bagi yang sudah berkahwin.

Bukan itu sahaja, Aliff juga tidak meletakkan sebarang had perbelanjaan pembelian kelengkapan raya pekerja-pekerjanya meskipun ada yang mencecah RM800.

Di akhir video tersebut, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Aliff mencecah lebih RM12,000.

@aliff_awang

Selamat hari raya team ❤️

♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

Sejak kebelakangan ini, Aliff semakin mencuri perhatian ramai yang dilihat sudah mula berubah ke arah kebaikan terutamanya dalam mengutamakan ibadah wajibnya.

Artikel Berkaitan: Utamakan Solat Rahsia Kenjayaan, Netizen Puji Suami Fatin Afeefa Semakin Berubah Ke Arah Kebaikan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Fatin Afeefa Khatam Al-Quran Juzuk 30 Sebelum Mula Niaga, Ramai Terinspirasi & Tersentuh!

Scroll to Top