
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan tidak hadir dalam taklimat Kabinet keselamatan Israel baru-baru ini, yang biasa dipimpinnya. – Foto media sosial
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan tidak hadir dalam taklimat Kabinet keselamatan Israel baru-baru ini, yang biasa dipimpinnya.
Ketidakhadiran yang tidak dijangka ini menarik perhatian ramai dan mencetuskan spekulasi dalam kalangan pihak politik serta media.
Terdahulu, pejabat Perdana Menteri Israel menafikan desas-desus yang mendakwa Netanyahu telah terkorban, menyifatkannya sebagai berita palsu.
Dalam video tersebut kelihatan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz bersama lima pegawai tinggi tentera rejim Zionis memberi penerangan mengenai situasi terkini di Tel Aviv pada 14 Mac lalu.
“Untuk pertama kali dalam sejarah Israel, Netanyahu tidak hadir dalam mesyuarat majlis ketenteraan,” kata Alinur Mohammed, seorang pengguna media sosial.
Spekulasi mula timbul selepas satu video yang dimuat naik di X menunjukkan Netanyahu berucap dalam sidang media mengenai konflik Israel‑Amerika Syarikat terhadap Iran sejak 28 Februari lalu.
Beberapa pengguna mendakwa terlihat enam jari pada tangan kanannya, menimbulkan persoalan sama ada rakaman itu mengalami kecacatan hasil AI.
Untuk rekod, Netanyahu tidak muncul di khalayak umum hampir tujuh hari sejak ucapan terakhirnya bertajuk ‘Rakyat Iran, saat kebenaran akan tiba’.
Pada 2 Mac, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan serangan peluru berpandu mereka menyasarkan pejabat Netanyahu dan ibu pejabat komander tentera udara Israel.
Namun sehingga kini, tiada pengesahan mengenai sama ada beliau selamat atau terkorban dalam serangan tersebut. – Awani
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan tidak hadir dalam taklimat Kabinet keselamatan Israel yang biasanya dipimpinnya
- Ketidakhadiran Netanyahu menarik perhatian dan mencetuskan spekulasi dalam kalangan politik dan media
- Pejabat Perdana Menteri menafikan desas-desus kematian Netanyahu sebagai berita palsu
- Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, terlihat memberi penerangan tentang situasi di Tel Aviv tanpa kehadiran Netanyahu
- Netanyahu tidak muncul di khalayak umum selama hampir tujuh hari sejak ucapan terakhirnya, sementara IRGC Iran mengklaim menyerang pejabat dan ibu pejabat komander tentera udara Israel



