
LONDON: Britain tidak mencatatkan kematian baharu dalam tempoh 28 hari daripada keputusan positif ujian Covid-19, semalam.
Kali terakhir Britain tidak mencatatkan kematian sebegini adalah pada Mac tahun lalu, sebelum negara itu melaksanakan “lockdown” pertamanya.
Kata Menteri Kesihatan Matt Hancock dalam kenyataan, ini menunjukkan vaksin jelas berkesan.
“Walaupun ini adalah berita gembira, kita tahu bahawa kita masih belum mengalahkan virus ini,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus membersihkan tangan, muka, dan ruangan, serta memastikan udara segar masuk ketika berada dalam rumah.
“Dan apabila boleh, dapatkan kedua-dua suntikan dos (vaksin),” tambahnya.
Britain mencatatkan 127,782 kematian berkait Covid-19, secara keseluruhan, angka kelima tertinggi di dunia, menurut data Universiti Johns Hopkins.
Data kerajaan menunjukkan 3,165 kes baharu dicatat pada Isnin.