Tiada Keperluan, Sherry Alhadad Tolak Pembedahan Bariatrik

Tiada Keperluan, Sherry Alhadad Tolak Pembedahan Bariatrik

Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad berkata perjalanannya untuk menurunkan badan dengan mengamalkan diet serta senaman bukanlah sesuatu yang mudah.

Memetik Utusan, dia pernah menangis kerana mahu menurunkan berat badan. Katanya lagi dia sudah melakukan pelbagai cara namun mengakui ada masanya dia akan berputus asa.

BACA: Sherry Alhadad Terkilan Hubungan Baik Dengan Nad Zainal Sudah Terputus 

“Saya sudah melakukan pelbagai cara dan agak bergelut jugalah. Kalau macam saya ini, orang kata ‘kategori yoyo’. Berat badan saya naik turun.

“Meskipun mental saya kuat, ada masanya saya akan berputus asa dan persoalkan sampai bila saya perlu melalui proses ini,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata ada pihak yang menawarkannya untuk melakukan pembedahan bariatrik, namun dia tetap dengan pendirian mahu kurus secara sihat dan tiada keperluan membuat pembedahan berkenaan.

“Ada beberapa doktor yang tawarkan pembedahan bariatrik tapi saya tolak dengan cara baik kerana belum tiba masa untuk melakukannya. Memadai turun berat badan dengan menjaga pemakanan. Mungkin belum terbuka hati lagi (untuk bariatrik). Rasanya tidak ada keperluan.

“Lagipun, ada pengarah drama dan filem yang menasihatkan saya untuk kekalkan bentuk badan begini kerana pada mereka inilah identiti saya,” katanya.

Sumber: Utusan Online


Scroll to Top