Siapa tidak kenal dengan pelakon dan model cantik Natasha Hudson. Selebriti ini sudah beberapa kali terpalit dengan kontroversi menanggalkan hijab.
Namun, siapa sangka Natasha sekali lagi menjadi perhatian disebabkan kontroversi yang sama.
Lapor Kosmo!, pelakon ini dilihat memadam semua foto lamanya yang berhijab di Instagram.
Gambar tidak berhijab ketika di pantai

Malah, menerusi hantaran terbarunya di Instagram Story, Natasha atau nama penuhnya Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan memuat naik foto tidak bertudung ketika melakukan aktiviti sukan pantai di Langkawi menerusi Instastory.
Sebelum ini, Natasha juga pernah tampil bertudung dan malah pernah mengenakan purdah sebelum membuat keputusan untuk tidak berhijab semula.
Pernah kembali berhijab Julai lalu

Sekitar Julai lalu, Natasha dilaporkan kembali berhijab dan sering berkongsi kehidupan sederhana ala kampung di Langkawi.
Selain itu, dia juga antara selebriti tempatan yang lantang bersuara mengenai isu Palestin di media sosial.
Namun, selepas perubahan terbarunya ini, ramai netizen meninggalkan pelbagai reaksi. Ada yang menghormati keputusannya dan ada juga yang berharap agar dia kembali menutup aurat seperti sebelum ini.
Pssttt! Natasha Hudson sememangnya dikenali sebagai figura yang sering melalui fasa perubahan dalam hidupnya. Apa pun pilihan yang dibuat, Oh! Media berharap agar Natasha terus istiqamah dengan cara hidup yang membuatkan dirinya tenang dan bahagia. Dalam masa sama, semoga peminat terus mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




