Pelakon dan model, Zahnita Wilson mencuri perhatian selepas berkongsi foto menerusi platform Threads miliknya.
Menerusi perkongsian beberapa foto yang dimuat naik, Zahnita kelihatan ceria sambil memegang jambangan bunga di samping kereta pacuan empat roda berwarna biru jenis SUV.
“No more beat up rental cars for me. Special thanks to Elle and Ida. Totally satisfied! Pasaraya.Kereta, terima kasih banyak,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah dan kata semangat di atas pencapaiannya.
Bahkan, ramai juga yang memuji penampilan ibu anak empat itu yang kelihatan semakin berseri-seri.