Tiada Lagi Persefahaman, Hafiz Suip Tak Nampak Jalan Kembali Bersama

Tiada Lagi Persefahaman, Hafiz Suip Tak Nampak Jalan Kembali Bersama

Penyanyi Hafiz Suip seolah memberi gambaran tiada jalan untuk dia dan bekas isterinya, Nureffy Jasrel kembali bersama selepas sah bercerai pada 29 Mei lalu.

Memetik mStar Online, Hafiz berkata salah satu punca mereka bercerai kerana tiada persefahaman dan mereka sudah berusaha untuk selamatkan rumah tangga.

BACA: Hafiz Suip, Nureffy Sah Cerai Talak Satu

“Bercakap soal ruang (rujuk) perkara ini sudah pun selesai. Susah nak cakap sebab bila dah tak ada persefahaman ni kan?

“Persefahaman itu penting..kami sudah tak ada persefahaman itu. Kami berdua dah cuba tapi mungkin ini yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Hafiz mengakui bukan mudah memegang status bapa tunggal namun dia reda melalui ujian tersebut.

“Bukan senang memegang status bapa tunggal. Dengar macam senang tapi yang menghadapi ini, hanya Tuhan yang tahu,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz mengesahkan dia dan Nureffy sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei lalu. 

Sumber: mStar Online


Scroll to Top