Tiada negeri milik mutlak mana-mana parti, kata PKR kepada Sanusi

Tiada negeri milik mutlak mana-mana parti, kata PKR kepada Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan bahawa tiada mana-mana parti politik berhak menganggap sesuatu negeri sebagai hak mutlak mereka.

Tiada negeri milik mutlak mana-mana parti!

Menurut laporan FMT, Timbalan Ketua PKR Kedah, Dr Taufiq Johari menyatakan bahawa sindiran politik yang kerap dilemparkan Sanusi bukanlah asas yang tepat untuk menilai kelayakan sesebuah kerajaan, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada rekod prestasi serta keikhlasan pemimpin.

“Dalam sistem demokrasi, tidak ada mana-mana negeri yang menjadi milik mutlak mana-mana parti.
“Rakyat Kedah cukup matang dan berhak membuat penilaian sendiri berdasarkan prestasi, rekod perkhidmatan dan keikhlasan kepimpinan bukan sindiran politik,” kata Taufiq yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Tiada negeri

Foto arkib: Bernama

Ketua Pemuda PKR itu menegur kenyataan Sanusi yang menyifatkan parti itu hanya berangan-angan mahu menjadikan Kedah sebagai kubu kuat mereka.

Malah, Sanusi turut mendakwaa bahawa Kedah bakal menjadi ‘kubur politik’ PKR sekiranya mereka terus berhasrat menawan negeri tersebut yang kini berada di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) diketuai PAS.

“Ia mencerminkan sikap terlalu angkuh dalam politik,” ujar Taufiq mengulas sindiran Sanusi.

Artikel lain: Tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang ikut Perlembagaan, jauh beza tak sama isu Sulu – Sanusi

Tiada negeri

Foto arkib: Bernama

Taufiq, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menegaskan bahawa PKR akan terus menumpukan perhatian kepada kerja di lapangan, prestasi serta khidmat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyatakan keyakinan bahawa Kedah berpotensi menjadi kubu kuat parti itu.

Sumber: FMT (Anne Muhammad)

Scroll to Top