Tiada peningkatan harga sayur di Kelantan

Tiada peningkatan harga sayur di Kelantan

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Tiada sebarang peningkatan harga sayur berlaku di Kelantan setakat ini.

Tinjauan di Pasar Siti Khadijah, hari ini, mendapati semua jenis sayur masih dijual pada harga biasa dengan bekalan mencukupi termasuk sayur-sayuran dari Thailand.

Peniaga, Noriah Adam, 52, berkata, mereka masih mampu menjual pada harga biasa.

“Tidak kira sayur yang diimport dari Thailand mahupun dalam negara, masih dijual pada harga yang sama. Peningkatan harga sekitar RM1 sehingga RM2 adalah situasi biasa dan bukanlah harga yang mendadak.

“Bagaimana pun, kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari mendatang namun saya berharap agar tidak berlaku sebarang peningkatan harga mendadak selepas ini,”katanya.

Tambahnya, setakat ini tiada berlaku sebarang pembelian panik walaupun ada pelanggan yang mula bertanya jika ada harga sayur yang meningkat susulan berita yang disiarkan membabitkan negeri lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top