“Tiada Ribut Yang Kekal” – Ini Reaksi Rodrigo Holgado Dengan Pengumuman FAM

“Tiada Ribut Yang Kekal” – Ini Reaksi Rodrigo Holgado Dengan Pengumuman FAM

Oh! Arena

Rodrigo Holgado dan Gabriel Palmero kembali bebas selepas hukuman digantung sementara oleh CAS.


Selepas beberapa bulan diselubungi awan hitam, dua pemain warisan negara, Rodrigo Holgado dan Gabriel Palmero akhirnya mampu menarik nafas lega.

Keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang menggantung sementara hukuman ke atas mereka nyata beri sinar harapan baru.

Pengumuman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tengah malam tadi terus mencetuskan kegembiraan buat kedua-dua pemain, yang masing-masing segera berkongsi rasa syukur dan keterujaan mereka di Instagram Story.

Rodrigo Holgado kembali bersinar selepas gelap

Rodrigo Holgado tak sembunyikan rasa lega dan syukur dengan keputusan terbaru ini. Menurutnya, ia ibarat titik cerah selepas tempoh sukar yang lama.

Apabila tidak dijangka, matahari muncul semula dan semuanya kembali baik. Tiada ribut yang kekal selamanya.- Katanya.

Holgado sebelum ini bermain di kelab Colombia, America de Cali, namun difahamkan kontraknya sudah berakhir penghujung tahun lepas.

Palmero pun tak sabar nak turun padang

Seorang lagi pemain warisan, Gabriel Palmero pula memberikan reaksi ringkas tapi penuh makna dalam perkongsiannya. Dia nyata tak sabar nak kembali beraksi selepas digantung sebelum ini.

Kami kembali.- Tulisnya ringkas.

Kontrak Palmero dengan kelab Sepanyol, CD Tenerife juga sudah ditamatkan sejak November tahun lalu.

Tujuh pemain warisan bebas penggantungan

CAS telah membenarkan tujuh pemain warisan termasuk Holgado dan Palmero untuk kembali menjalani sebarang aktiviti berkaitan bola sepak. Ini termasuklah latihan dan perlawanan, selepas FIFA sebelum ini menggantung mereka selama 12 bulan atas isu pemalsuan dokumen.

Selain dua pemain ini, lima lagi pemain warisan Harimau Malaya turut terlibat iaitu Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Pssttt! Ohmedia harap pemain-pemain warisan ni dapat bangkit dan buktikan nilai sebenar mereka. Bila peluang kedua dah datang, jangan sia-siakan!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top