Tiada Sefahaman & Shiqaq Berpanjangan, Diana Danielle Sekali Lagi Fail Cerai

Tiada Sefahaman & Shiqaq Berpanjangan, Diana Danielle Sekali Lagi Fail Cerai

Tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara sebab pelakon Diana Danielle memfailkan cerai sekali lagi terhadap suaminya, Farid Kamil hari ini.

Memetik Bernama, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata dia dan anak guamnya sudah berbincang sebulan lalu yang memintanya bersiap sedia.

Dalam pada itu, Akberdin berkata plaintif turut memfailkan permohonan rujuk susulan penceraian kali pertama yang berlaku antara pasangan selebriti itu pada 10 Ogos tahun lepas.

“Mereka telah rujuk pada 9 Sept tahun lepas, sebulan selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari. 

“Apabila sudah rujuk, ia perlu didaftar dan mahkamah akan keluarkan sijil rujuk sebagai bukti mereka sudah bersama semula sebagai suami isteri.

Sementara itu, Akberdin memberitahu ahkamah menetapkan sebutan kes bagi dua permohonan itu adalah pada 20 November depan.

SUMBER: Bernama


Scroll to Top