“Tiada Sentuhan Fizikal Berlaku” – Insiden Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda, Polis Buka Kertas Siasatan 

“Tiada Sentuhan Fizikal Berlaku” – Insiden Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda, Polis Buka Kertas Siasatan 

Pihak polis kini membuka kertas siasatan berhubung aduan yang diterima dari penyanyi popular, Shila Amzah selepas menjadi mangsa serangan penyanyi legenda pada Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, siasatan telahpun dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah mengambil duaa rakaman percakapan setakat ini,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini selain tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku kepada penyanyi itu.

Dalam perkembangan lain, polis akan memanggil penyanyi legenda berkenaan untuk diambil keterangan

Namun, punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, pelantun lagu Patah Seribu itu mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan secara terbuka oleh seorang figura legenda industri seni tanah air ketika sesi latihan menjelang konsert yang bakal berlangsung Jumaat ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Shila berkongsi rakaman video sewaktu melakukan latihan atas pentas bersama penari, namun turut menyelitkan luahan rasa kecewa dengan tindakan tidak profesional individu terbabit.

Lebih mengejutkan, Shila menyatakan gangguan itu berlaku secara terang-terangan di hadapan ramai pihak hingga mencetuskan gangguan emosi dan rasa tidak selamat.

“Agak menakutkan apabila seseorang yang dianggap legenda boleh menyerang saya secara terbuka di hadapan khalayak.

“Nasib baik awak sudah berumur. Tapi tindakan awak telah mencetuskan rasa cemas (anxiety) dan mengganggu keselamatan saya,” tulisnya.

 

Sumber:mStar

 

Scroll to Top