Tragedi menyayat hati yang melibatkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan terus mencuri perhatian rakyat Malaysia.
Terbaharu, pemandu lori yang dituduh memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian kesemua mangsa masih belum membayar wang jaminan yang ditetapkan mahkamah.
Pemandu lori masih ditahan di lokap Baru Gajah…

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Superintendan Zulkafli Sariaat memaklumkan bahawa tertuduh, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45, akan terus ditahan di lokap Batu Gajah sehingga sebutan semula kes yang dijadualkan pada 17 Jun depan.
Jaminan kepada pemandu lori sebanyak RM6,000 dan beliau tidak dapat bayar, kita juga tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak lain setakat ini.- Katanya.
Semalam, Mahkamah Majistret Teluk Intan menetapkan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh, namun dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan berkaitan pemanduan berbahaya.
Ada netizen tawar bayar ikat jamin, saksi kejadian masih belum tampil…

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pengguna media sosial ada menyuarakan hasrat untuk membantu membayarkan jaminan pemandu lori berkenaan.
Namun begitu, polis turut memaklumkan bahawa saksi yang didakwa melihat pemandu lori cuba mengelak sebuah kenderaan di lokasi kejadian masih belum tampil membantu siasatan.
Sekiranya ada, pihak polis akan meneruskan siasatan susulan bagi tujuan perbicaraan.- Kata Zulkafli yang turut mengesahkan seramai 16 saksi telah dipanggil setakat ini untuk dirakam keterangan.
Pssttt! Tragedi ini mengingatkan kita bahawa kecuaian walau sesaat boleh membawa padah yang tidak terhingga. Keadilan perlu ditegakkan, namun dalam masa yang sama, setiap saksi atau individu yang memiliki maklumat penting harus tampil membantu siasatan demi kebenaran dan nasib mangsa yang terkorban.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.



