“Tiada Siapa Mahu Langgar Orang Dengan Sengaja” – Ibu Saudara Nur Fatimatul Hawa Maafkan Guru

“Tiada Siapa Mahu Langgar Orang Dengan Sengaja” – Ibu Saudara Nur Fatimatul Hawa Maafkan Guru

Trending

Ibu saudara Nur Fatimatul Hawa sedia memaafkan selepas pelajar maut dirempuh kereta di SMK Tanjong Mas.


Suasana pilu menyelubungi keluarga Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin selepas pelajar Tingkatan 1 itu maut dalam satu kemalangan tragis di kawasan SMK Tanjong Mas.

Kejadian yang berlaku tengah hari semalam itu bukan sahaja meragut nyawa mangsa, malah meninggalkan trauma mendalam buat keluarga yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“Saya sedia maafkan, tapi…” – Ibu saudara

Menurut ibu saudara yang merupakan penjaga utama dikenali sebagai Zuraifah Noor, buat masa ini mereka sekeluarga masih tidak dapat berfikir dengan jelas.

Mereka hanya mengikuti perkembangan yang berlaku dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis serta Kementerian Pendidikan Malaysia

Saya sebagai ibu saudara yang juga penjaga utama arwah sejak lima tahun lalu, sedia memaafkan. Namun bagi pihak bapa arwah dan ahli keluarga yang lain, saya serahkan sepenuhnya kepada mereka.

Tambahnya lagi, buat masa ini keluarga belum bersedia untuk mengambil sebarang tindakan kerana mahu memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Kejadian di luar jangka, keluarga reda

Fatimah

Menurut Zuraifah, kejadian tersebut sukar diterima akal memandangkan lokasi kemalangan bukan kawasan yang sepatutnya dilalui kenderaan.

Tapi kita percaya ini semua ketentuan Allah SWT. Kita manusia, tiada siapa yang mahu melanggar orang dengan sengaja. Apa yang berlaku di luar jangka.

Dalam masa sama, dia turut berkongsi pertemuan ringkas dengan keluarga guru yang terlibat ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah.

Masa jumpa, saya nak kata marah pun tidak. Perasaan itu kosong. Kami hanya bersalam, tetapi tidak mampu bercakap panjang.

Walaupun menunjukkan sifat memaafkan, Zuraifah menjelaskan bahawa keadaan emosi keluarga masih belum stabil untuk menerima kehadiran pihak terlibat.

Saya mungkin boleh memaafkan tetapi ahli keluarga lain saya tidak pasti. Jadi buat masa sekarang, kami minta jangan datang dahulu.

Terdahulu, media melaporkan Nur Fatimatul Hawa meninggal dunia manakala seorang lagi rakan cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu guru.

Guru berkenaan didakwa tertekan pedal minyak sebelum terbabas lalu melanggar dua pelajar perempuan yang baru sahaja selesai menunaikan solat zuhur.

Pssttt! Dalam situasi penuh duka seperti ini, tindakan ibu saudara mangsa yang memilih untuk tidak terburu-buru dan menyerahkan kepada pihak berkuasa wajar dipuji. Pada masa sama, keselamatan di kawasan sekolah perlu diperkukuhkan supaya tragedi seperti ini tidak berulang lagi.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top