Tiada Tandingan! iMedia Sapu Semua Anugerah Yang Dicalonkan Di MDA 2025 | Oh! Inspirasi – Oh! Media

Tiada Tandingan! iMedia Sapu Semua Anugerah Yang Dicalonkan Di MDA 2025 | Oh! Inspirasi – Oh! Media

Oh! Inspirasi

iMedia menang besar di MDA 2025 dengan 8 anugerah termasuk video viral steamboat dan kempen gempak Gen Z. Ini baru betul raja digital!


iMedia dengan bangganya mengumumkan kejayaan besar di Malaysian Digital Awards (MDA) 2025, apabila memenangi kesemua lapan anugerah yang dicalonkan.

Pencapaian luar biasa ini menyerlahkan kepimpinan syarikat dalam menyampaikan penyelesaian digital yang inovatif, kreatif dan memberi impak tinggi.

iMedia menang semua 8 anugerah dicalonkan

Imedia

Kejayaan di MDA 2025 ini mengukuhkan lagi komitmen iMedia terhadap kecemerlangan serta keupayaannya menghasilkan capaian yang boleh diukur melalui strategi berinovasi dan kreativiti yang mengubah landskap.

iMedia kekal fokus untuk terus mencabar batasan dan memberikan nilai yang tiada tandingan kepada jenama-jenama di masa hadapan.

“Steamboat Drama” menang emas!

Imedia Mda 2025

Salah satu kemenangan paling gempak ialah kempen Honor – How Honor’s Steamboat Drama Went Viral. Telefon dilempar ke dalam steamboat panas, dan hasilnya? Bukan je video viral, tapi menang Gold untuk Best Use of Social Media Platform.

Kalau korang ingat drama tu pelik, itulah kreativiti luar kotak yang iMedia bawakan dan juri pun angkat tangan, terus bagi pingat emas!

Darlie, Vochelle dan Foodpanda pun meletup

iMedia juga cemerlang dengan kempen untuk jenama-jenama lain yang mungkin tak disangka-sangka:

Darlie (Silver) – Macam mana ubat gigi 90 tahun boleh trending kat TikTok Gen Z?

Vochelle (Silver) – Coklat tempatan pun boleh tembus pasaran China!

Foodpanda (Bronze) – Bila bagi influencers kawal naratif, hasilnya memang asli dan win!

Bukan setakat klien, iMedia sendiri pun diiktiraf

Menariknya, bukan kempen klien je yang menang. iMedia sendiri menang Best Digital Publisher of the Year (Bronze) untuk projek bersama Khairy Jamaluddin & Shahril.

Dan untuk Rising Star, Social Media Manager mereka, Leslie Audrey Lawrence turut bawa balik Silver, tanda ada bakat muda yang bersinar di sebalik semua kejayaan ni.

Senarai kemenangan iMedia di MDA 2025:

  1. Best Use of Social Media Platform (GOLD) – Honor: Steamboat Drama
  2. Best Use of Social Media Platform (SILVER) – Darlie: Gen Z on TikTok
  3. Best Influencer Marketing Campaign (SILVER) – Vochelle: Tembus China Market
  4. Best Influencer Marketing Campaign (BRONZE) – Foodpanda: Influencers Kawal Naratif
  5. Best Digital Publisher of the Year (BRONZE) – iMedia: Khairy & Shahril
  6. Best Use of Video (BRONZE) – EcoWorld: Tarik Gen Z Beli Rumah
  7. Best Use of Video (BRONZE) – Honor: Lempar Telefon Dalam Steamboat
  8. Rising Star (SILVER) – Leslie Audrey Lawrence

Tahniah diucapkan buat iMedia untuk kemenangan yang sungguh bermakna ini! Semoga terus maju jaya di masa hadapan.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top