Tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat wanita dan bayi

Tiada unsur jenayah dalam penemuan mayat wanita dan bayi

am@hmetro.com.my

Kulai : Tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang wanita bersama bayi yang baharu dilahirkan di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, setakat ini proses bedah siasat sudah selesai dilaksanakan ke atas kedua-dua mayat berkenaan.

Beliau berkata, punca kematian masih menunggu dalam proses siasatan.

“Bedah siasat sudah selesai dan keputusan doktor, punca kematian masih ‘pending’ dalam siasatan.

“Tiada unsur jenayah,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes itu, hari ini.

Beliau turut memaklumkan identiti wanita yang meninggal dunia itu belum dapat dikenal pasti dan kini kedua-dua mayat masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Semalam, media melaporkan polis mengesahkan penemuan mayat wanita yang juga warga asing itu bersama bayi lelakinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top