Oh! Artis
Nama Alya Iman tiba-tiba dipetik didakwa punca Zizi Kirana menuntut cerai dengan Yusuf Bahrin.
Nama pelakon Alya Iman tiba-tiba menjadi sasaran netizen apabila didakwa sebagai punca perpisahan pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin yang kini hangat diperkatakan.
BACA: Yusuf Bahrin Dan Zizi Kirana Sah Bercerai Selepas Hampir Lima Tahun
Susulan itu, pihak pengurusan tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menafikan segala tuduhan yang tular.
Dakwaan tidak benar dan berunsur fitnah

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Stars Powerhouse Entertainment, pihak mereka memandang serius penyebaran dakwaan yang mengaitkan Alya Iman dengan isu rumah tangga pasangan tersebut.

Dalam masa sama, pihak pengurusan turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah tersebut.
Mereka turut menggesa agar semua kandungan berkaitan dihentikan serta-merta dan dipadam dari semua platform media sosial.
Pssttt! Dalam era media sosial, tuduhan tanpa bukti boleh tersebar dengan sangat cepat dan memberi kesan besar kepada individu yang terlibat. Sebelum berkongsi atau mempercayai sesuatu, pastikan ia sahih. Jangan jadikan platform sebagai tempat menyebarkan fitnah.
Kredit: Instagram Stars Powerhouse Entertainment
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




